MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Friday, February 13, 2009

Siapa yang mulakan dulu isu lompat melompat?

kegawatan di Perak

suasana politik di Perak telah menjadi isu utama politik Malaysia hari ini.
seolah-olah dalam sekelip mata sebuah kerajaan boleh bertukar kepimpinannya. kalau difikirkan semacam tidak logik namun itu lah realitinya politik di Malaysia.

semasa pakatan telah diumumkan menang menguasai kerajaan Negeri Perak, semua ahli dewan undangan negeri sibuk membincangkan bagaimana hendak menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang pertama di Perak hampir sebulan masa di perlukan termasuklah mendapat nasihat dan pandangan daripada Sultan Perak pada masa itu..tetapi Umno merampas kerajaan Perak cuma dalam 1 hari..

umno termasuk MB haram yang baru nyata tiada hujah dengan tindakan mereka, tak habis habis mereka mengatakan siapa yang mulakan isu lompat parti sambil menujukan kesalahan itu kepada pakatan pembangkang..

nyata Umno mudah lupa, sedangkan isu lompat parti ini dimulakan oleh mereka,
Tidak ingatkah Umno mengenai bagaimana Lee Lam Thye yang termakan pancing Bn lalu keluar DAP dan memasuki dunia 'aktivis berbayar' kononya kerana mempunyai masalah dalaman DAP. Lupakah Umno dengan Tiger Lee yang makan pancing Bn keluar DAP masuk Bn ketika menjadi ADUN DAP Temiang (NS) dua penggal lepas atau ADUN DAP Bahau yang lompat masuk MCA meninggalkan Antony Loke keseorangan sebagai pembangkang dalam dewan undangan Negeri Sembilan pada penggal lepas.

Bn mungkin kata isu lompat ini dibawa Anwar dan Bn menyatakan masa Kelantan lebih satu kerusi mereka tidak ganggu pun. Itu cerita bohong ketika Kelantan lebih satu kerusi Bn gagal beli tetapi usaha ugut dan tawar tetap berlaku. Buktinya keratan media pendedahan Cikgu Ya.Seorang Adun Pas kawasan Kemuning, Machang, Zakaria Yaacob atau cikgu Ya yang pernah ditawarkan wang RM5 juta untuk meninggalkan Pas.

Tetapi kerana sayangnya Zakaria kepada Pas beliau tidak menerima wang itu. Zakaria lebih menyanyangi perjuangan dan menjaga selamatan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menjaga kepentingan dirinya.

Saya masih ingat kata-kata Zakaria yang dinukilkan dalam laporan muka depan akhbar Siasah keluaran Mac 2006; "Saya tidak akan menukar perjuangan saya. Prinsip saya dan maruah saya. Tidak akan saya gadai dengan wang ringgit. Saya dibesarkan dalam perjuangan Islam, di universitidulu pun saya terlibat dengan gerakan Islam, jadi tidak mudah untuk memperdayakan saya,”

itu lah kata-kata azimat dari cikgu Ya yang berjaya menyelamatkan kerajaan Kelantan daripada tumbang di tangan kotor BN..semoga semangat Cikgu Ya menjadi tauladan kepada semua Yang Berhormat Pakatan Rakyat...




No comments:

Post a Comment

comment

DEMI MASA