MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Tuesday, February 3, 2009

NAJIB PERLU DISIASAT SPRM, ISU RASUAH 50JUTA

Berikutan daripada kenyataan bersumpah ketua parti keadilan rakyat bahagian Ipoh Barat (fauzi Muda) mengenai rasuah sebnayak 50 juta yang ditawarkan kepadanya oleh Najib jika sekiranya beliau berjaya memujuk ADUN-ADUN PR melompat ke BN perlu di siasat secepat mungkin dan secara serius tabpa mengira pangkat dan jawatan yang disandang NAjib demi membuktikan ketelusan SPRM dan perubahan dalam sistem badan kehakiman negara seperti yang dibentang oleh PM dalam parlimen.
dalam akuan bersumpah tersebut, Fauzi mendakwa beliau telah dibawa ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 11 Mac 2008 untuk berbincang mengenai agenda melompat parti dan beliau ditawarkan RM50 juta sebagai ganjaran. SPRM perlu mengambil sikap proaktif dan pantas menyiasat kes ini serta berpendirian bebas daripada terikat dengan mana-mana pihak dalam menjalankan siasatan terhadap kes ini. hal demikian merupakan kes yang perlu diselesaikan dengan secepat munkin kerana ia melibatkan individu penting pada negara Malaysia, iaitu selaku Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri Malaysia. namun jika ianya tidak dapat ditangani dengan sebaiknya maka masa depan negara juga akan berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.
kes rasuah ini akan ,menjadi ujian kepada SPRM, bahawa undang-undang dan hukuman rasuah di Malaysia tidak hanya terpakai kepada golongan ikan-ikan bilis sahaja, malah tidak mengenal bulu dan saiz.
walau bagaimana pun Najib tetap perlu dibawa ke muka pengadilan demi kepentingan masa depan negara dari dikuasai oleh golongan penjenayah kehormat.

No comments:

Post a Comment

comment

DEMI MASA