MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Friday, February 13, 2009

Pangkor tak dapat peruntukkan ? mana DR ZAMBRI

Published by Jenpira BN Zon Pangkor at 2:53 pm under Umum Edit This

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN

PANGKOR 6 April – Kementerian Pelancongan diminta tidak ‘menganaktirikan’ pulau peranginan, Pulau Pangkor dengan menafikan pelbagai peruntukan pembangunan yang dipohon sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. berkata, kementerian berkenaan perlu terus memperakui bahawa pulau peranginan tersebut merupakan antara penyumbang utama sektor pelancongan dalam negara.

Menurutnya, sehubungan daripada itu, pihak kementerian perlu memastikan pulau peranginan tersebut terus dimajukan demi kepentingan semua pihak dan bukannya terus ‘dianaktirikan’.

“Kita telah cuba membuat beberapa kali memohon peru ntukkan daripada Kementerian Pelancongan bagi menjalankan pelbagai projek pelancongan di Pula u Pa ngkor.

“Bagaimanapun setiap cadangan dan kertas kerja yang dimajukan itu tidak mendapat perhatian daripada kementerian dan terus dipandang sepi.

“Usaha tersebut (kertas kerja) bukan perkara baru tetapi sudah banyak kali dan boleh dikatakan pada setiap tahun (dihantar), namun tiada tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program khidmat masyarakat Projek Membina Tukun Tiruan 2008 (Coral Reef Conservation Project 2008 (CRCP) anjuran pelajar tahun dua Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur di perairan Pula u Giam , Teluk Nipah di sini.

Hadir sama Rektor KPTM, Dr. Ahmad Roslan Johari, Pengarah Projek CRCP 2008, Md. Nazmil Md. Nasir dan Penyelaras Projek, Ahmad Nizam Ibrahim.

Menurutnya, sejumlah peruntukan yang besar itu amat diperlukan selaras dengan peranan yang dimainkan oleh Pulau Pangkor sebagai pulau tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

”Apabila dirujuk kepada kementerian, mereka dengan mudah memberi jawapan.. kerajaan tiada wang.

”Kadang kala kita hairan, bila masanya kerajaan pusat mempunyai wang yang cukup dan menyalurkannya ke sini,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan seolah-olah pihak kementerian tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan lagi industri pelancongan di sini pada hal Pulau Pangkor memerlukan pelbagai lagi pakej menarik untuk dikunjungi selain pantai dan hasil laut semata-mata.

”Sebelum ini, kerajaan negeri terdahulu telah pun mengambil langkah mengubah suai sebuah bangunan lama untuk dinakik taraf sebagai muzium mini bagi menempatkan bahan bersejarah Perjanjian Pangkor.

"Bagaimanapun, usaha itu juga turut tidak mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelancongan,” katanya.

Gambar - KERJA-kerja menurunkan tukun tiruan menerusi program Coral Reef Conservation Project 2008 Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur ke dasar laut Pulau Giam, Pulau Pangkor, semalam. – Gambar NORSHARUDDIN SAPIAN.

No comments:

Post a Comment

comment

DEMI MASA