MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Tuesday, April 7, 2009

UMNO/ BN TAK DAPAT RESTU RAKYAT




TEMA BN "MOHON RESTU RAKYAT" memang molek sangat. Nampaknya rakyat tak perkenan permintaan Umno. lepas ni UMNO toksah lah sembah derhaka dekat rakyat sudah la..

meseg dia rakyat tak restu UMNO.jadi UMNO kalah lagi dalam PRK bukit gantang dan bukit selambau. Rakyat perkenan memberi restu kepada Pakatan Rakyat.tandanya boleh tengok bendera bulan dok berkibar sana sini..



masa election 2008 BN kalah teruk, semua puak Umno letak kekalahan kepada Tun Pak Lah, sampai dia terpaksa letak jawatan Presiden UMNO dan P.M



lepas tu, segala kelemahan PAK Lah kena ganti dengan pemimpin baru yang nampak lebih tegas dan berkaliber. jadi calon yang nak gantikan PAK LAH adalah Najib. tapi bila Najib naik, sama jugak. Najib pun kalah jugak.



Kemudian, UMNO rasa Aura lama perlu untuk menguatkan BN kembali.pastu bawa lah pulak Tun Mahathir turun kempen sekali dekat Bukit Gantang and Bukit Selambau. Tapi sama juga. UMNO/BN tak dapat restu rakyat jugak.


semua senjata BN dah guna, semua teori dah di practical. yang dah jadi surat khabar lama pun di kutip balik.tapi .. SAMA JAA.

yang aku tau,BN tak dapat restu rakyat. Rakyat dah murka dengan Umno BN.sebab UMNO /BN dah derhaka kepada rakyat..

Daulat rakyat.BN/Umno lupa daulat rakyat lagi power..HIDUP RAKYAT..

GAMBAR PRK BUKIT GANTANG



















Friday, April 3, 2009

ZAHID SUKA TENGOK GADIS SEKSI MENARI



Menteri jaga agama Malaysia Zahid Hamidi tengah dok sebok kempen dekat parlimen Bukit Gantang. aku rasa Zahid ni tak berapa laku kalau dia pergi ceramah sorang-sorang jadi dia pun bawa lah gadis seksi separuh bogel berkempen sekali dengan dia.

cuba tengok gambar bawah nie


dalam ceramah dia, tarian seksi dan minum arak adalah budaya orang cina. sebab tu lah dia bawa gadis separuh bogel ikut dia berkempen.
tapi aku tanya kawan2 cina depa kata tarian seksi dan minum arak bukan budaya depa..
dan bukan semua orang cina suka tengok perempuan separuh biogel dok menari.

malah kawan aku orang Cina dok maki Zahid sebab statement dia menjatuhkan maruah Orang Cina dan memalukan mereka..

masalah sekarng, sapa yang sebenaqnya suka tengok perempuan separuh bogel ni.. bila tanya orang Cina depa kata bukan. tapi yang aku pasti Zahid yang bawa perempuan2 seksi tu..

ala Zahid,, kalu suka tengok perempuan seksi tu cakap aje lah, jangan lah dok kata orang lain yang suka..macam kawan aku cakap, "if Zahid Hamidi enjoying watching sexy girls dancing, please just say so"

patutlah orang Umno dok tak faham2 agama sebab menteri yang dok jaga agama pun suka tengok perempuan seksi..

SLOGAN SATU MALAYSIA NAJIB, MCA MINTA JAWATAN TPM

03 April 2009
MCA minta jawatan TPM



Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan jawatan timbalan pengerusi BN untuk diisi oleh presiden MCA bagi mencermin perkongsian kuasa sebenar.

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ianya hanyalah merupakan satu cakap kosong," katanya lagi.

Menurutnya, pewujudan jawatan timbalan perdana menteri untuk presiden MCA, bukan sahaja membantu menrealisasikan ideologi sebenar pentadbiran perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.



Juga, katanya, jika diberi jawatan tersebut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang adil yang memberi faedah kepada semua pihak, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Lok juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, bersama Umno dan MIC pada 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang diberi MCA dan masyarakat adalah amat banyak dan amat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi bahawa presiden MCA mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"Ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat pentingnya dan perlunya diwujudkan dua jawatan - timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA," tegas Loke lagi.Mstar.

Enter Najib, with baggage: A new leader mired in accusations post info


Enter Najib, with baggage: A new leader mired in accusations
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Analisis, Antarabangsa, Anwar, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Politik, Sidenotes and malaysia

From The Economist

ONE could certainly say that Najib Razak was born to be Malaysian prime minister. He is the son of Abdul Razak, the second man to hold that job following independence from Britain, and the nephew of his successor, Hussein Onn. Elected to parliament aged 23, on his father’s death, he rose to become deputy to the present prime minister, Abdullah Badawi. However, Mr Najib, expected within months to become the country’s sixth post-independence leader, will enter under a cloud of allegations, including ones linking him to a murder case, all of which he categorically denies. But some Malaysians will be wondering if he is a fit person to lead them.

Facing a revitalised opposition, in an election earlier this year the governing coalition, led by the United Malays National Organisation (UMNO), lost the two-thirds majority it needs to change the constitution. Since then, the knives have been out for Mr Badawi. Despite his efforts to cling on he is being forced to quit next March. The contest to succeed him as party president, and thus prime minister, at first promised to be lively. But party officials, fearful of the challenge from the opposition leader, Anwar Ibrahim (a former UMNO deputy leader), chose to hang together rather than hang separately. By November 2nd Mr Najib had won enough nominations to block his only rival, Razaleigh Hamzah, a former finance minister, from getting on the ballot-paper.

Like Mr Badawi before him, Mr Najib comes to the job promising reforms, including of the system of preference for members of the ethnic-Malay majority for state contracts and jobs. Mr Badawi achieved little, though he allowed a bit more freedom of expression than had his predecessor, Mahathir Mohamad. Expectations for Mr Najib are lower still. It is possible, notes Edmund Gomez, a political scientist, that he will use the worsening economic outlook as a pretext for reverting to Mahathir-style repression.

Mr Anwar has failed to carry out his threat to topple the government through a mass defection of parliamentarians. Even so, there is a palpable fin de régime air around UMNO. Mr Badawi, Mr Mahathir and other leaders are publicly lamenting how corruption and cronyism are rife in the party. But his opponents say Mr Najib is hardly the man to restore confidence. In the latest scandal to which they are linking him, the defence ministry (which he oversaw until recently) has deferred a big order for helicopters following questions about their high price. A parliamentary committee this week cleared the government of wrongdoing, but admitted not investigating whether “commissions” were paid.

In an earlier case, a company the opposition claimed was linked to Razak Baginda, an adviser to Mr Najib, was paid juicy fees for services provided over a contract for the purchase of French submarines. A Mongolian woman, said to have worked as a translator in the negotiations, was shot dead and her corpse destroyed with explosives in 2006. Mr Razak was put on trial over her killing, along with two policemen. The case has dragged on for months and seen various odd goings-on, including changes of judge, prosecutors and defence lawyers at the start of the trial. A private detective signed a statutory declaration implicating Mr Najib, retracted it the next day, saying it had been made under duress. Calls by the victim’s family for Mr Najib to testify were rejected. On October 31st the judge ruled that the prosecution had failed to make a prima facie case against Mr Razak.

The policemen’s trial will continue. A blogger who linked Mr Najib’s wife to the case is on trial for criminal libel. None of this, however, seems likely to interfere with Mr Najib’s accession to the prime minister’s job. A bigger threat may yet emerge from the resurgent opposition and Mr Anwar, who nurtures a long-thwarted ambition to take the job himself.

Thursday, April 2, 2009

Nizar dianiaya, tolak perampas kuasa



Azamin Amin
Fri | Apr 03, 09 | 8:51:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.
Iklan




Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.

"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat.

"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam. Image

Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya. - azm

(Ikuti temubual bersama Haron Din dalam akhbar alternatif Harakah yang baru, HUJJAH keluaran akan datang) _

harakahdaily

HAJAT SITI BERTEMU TOK GURU NIK AZIZ TERMAKBUL

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz
Salmah Mat Husain
Foto: Rizal Tahir



KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

DEMI MASA