MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Showing posts with label penhijau. Show all posts
Showing posts with label penhijau. Show all posts

Friday, April 3, 2009

SLOGAN SATU MALAYSIA NAJIB, MCA MINTA JAWATAN TPM

03 April 2009
MCA minta jawatan TPM



Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan jawatan timbalan pengerusi BN untuk diisi oleh presiden MCA bagi mencermin perkongsian kuasa sebenar.

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ianya hanyalah merupakan satu cakap kosong," katanya lagi.

Menurutnya, pewujudan jawatan timbalan perdana menteri untuk presiden MCA, bukan sahaja membantu menrealisasikan ideologi sebenar pentadbiran perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.



Juga, katanya, jika diberi jawatan tersebut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang adil yang memberi faedah kepada semua pihak, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Lok juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, bersama Umno dan MIC pada 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang diberi MCA dan masyarakat adalah amat banyak dan amat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi bahawa presiden MCA mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"Ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat pentingnya dan perlunya diwujudkan dua jawatan - timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA," tegas Loke lagi.Mstar.

Wednesday, April 1, 2009

ALTANTUNYA DI MANA-MANA



Altantuya muncul bergambar selepas ceramah cheGuBard di Taman Ria semalam







Altantuya di Bukit Gantang ketika penamaan calon










Altantuya ketika penamaan calon di Bukit Selambau

Jika Najib benar sila

* panggil kedutaan Peranchis, UK dan Indonesia minta penjelasan mengenai laporan media negera mereka yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
* saman akhbar Peranchis, UK dan Indonesia yang menyiarkan tulisan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.
* Sirul mengaku membunuh Altantuya dengan pistol tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak dibawa ke mahkamah ? Altantuya mati kerana ditembak bukan dibom. Selepas mati bru dibom untuk musnahkan bukti.
* Bagaimana imigresen Malaysia tidak ada rekod kemasukan Altantuya ?

Pembunuhan Altantuya melibatkan transaksi rasuah / komisyen yang diakui Parlimen dalam pembelian senjata yang melibatkan nilai rasuah RM500 juta.

Tuesday, March 31, 2009

DIRI TERCEMAR JIKA HADIR MAJLIS UMNO





Jika ingin menjaga maruah diri jangan hadir semua majlis-majlis Umno. Inilah kesimpulan yang dapat saya buat setelah membaca luahan hati dalam blog Chedat.

Luahan hati nie bukan datang dari orang sebarangan tapi dari seorang wira dan pang5 UMNO iaitu Tun Dr.Mahathir. Mahathir kata dirinya akan tercemar sekiranya dia hadir Mesyuarat Agung UMNO kerana berlaku amalan rasuah yang cukup dahsyat dalam proses pemilihan Ketua pergerakan Pemuda Umno.

Mahathir mempertikai macam mana Khairy dibenarkan bertanding Ketua Pemuda sedangkan dia disyaki terlibat dalam merasuah pengundi. bukan saja dibenarkan bertanding tapi menang pulak tu.



Menangnya Khairy memberi isyarat mesyuarat Agung Umno berlaku rasuah. Rasuah adalah satu kesalahan dalam undang-undang maknanya berlaku kesalahan dalam mesyuarat agung Umno jadi Umno boleh diharamkan

satu fakta lagi ialah, Mesyuarat Agung Umno adalah majlis yang tertinggi dan tersuci dalam UMNO, kalau mesyuarat agung pun boleh mencemarkan diri kata Mahathir, apalagi majlis yang kecil-kecil yang dianjurkan oleh Umno macam ceramah,forum, dialog, banyak lagi lah..

Jadi siapa yang pergi program-program Umno ka majlis-majlis Umno ka,diri mereka akan tercemar..

DEMI MASA