MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Tuesday, March 31, 2009

DIRI TERCEMAR JIKA HADIR MAJLIS UMNO





Jika ingin menjaga maruah diri jangan hadir semua majlis-majlis Umno. Inilah kesimpulan yang dapat saya buat setelah membaca luahan hati dalam blog Chedat.

Luahan hati nie bukan datang dari orang sebarangan tapi dari seorang wira dan pang5 UMNO iaitu Tun Dr.Mahathir. Mahathir kata dirinya akan tercemar sekiranya dia hadir Mesyuarat Agung UMNO kerana berlaku amalan rasuah yang cukup dahsyat dalam proses pemilihan Ketua pergerakan Pemuda Umno.

Mahathir mempertikai macam mana Khairy dibenarkan bertanding Ketua Pemuda sedangkan dia disyaki terlibat dalam merasuah pengundi. bukan saja dibenarkan bertanding tapi menang pulak tu.



Menangnya Khairy memberi isyarat mesyuarat Agung Umno berlaku rasuah. Rasuah adalah satu kesalahan dalam undang-undang maknanya berlaku kesalahan dalam mesyuarat agung Umno jadi Umno boleh diharamkan

satu fakta lagi ialah, Mesyuarat Agung Umno adalah majlis yang tertinggi dan tersuci dalam UMNO, kalau mesyuarat agung pun boleh mencemarkan diri kata Mahathir, apalagi majlis yang kecil-kecil yang dianjurkan oleh Umno macam ceramah,forum, dialog, banyak lagi lah..

Jadi siapa yang pergi program-program Umno ka majlis-majlis Umno ka,diri mereka akan tercemar..

Tuesday, March 10, 2009

KEGIGIHAN NABI MUHAMMAD SAW QUDWAH UNTUK PENDAKWAH Dikirim pada Mac 2, 2009 oleh idrisahmad

diambil dari blog ustaz Idris Ahmad

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ketika dunia perlukan kepada pembimbing untuk keselamatan dunia dan akhirat. Kehidupan pada waktu itu tidak ada erti kepada manusia untuk menghirup nikmat dunia. Undang-undang yang ada ialah undang-undang rimba, yang kuat bertambah kuat, yang lemah terus ditindas.

Serigala menjadi pengembala kambing, orang zalim menjadi hakim. Wanita tidak ada nilai dalam hidup. Kehadiran wanita di dunia kononnya membawa sial majal sebab itu perlu dibunuh sejak kecil lagi. Wanita hanya untuk diguna sebagai memuaskan nafsu binatang mereka dan dijadikan sebagai bahan pertaruhan dalam perjudian.

Kesesatan yang melanda setelah berlakunya kekosongan dalam diri manusia setelah Allah SWT mengangkat nabi Isa a.s. maka manusia telah kehilangan arah dan pedoman dalam jarak hampir 600 tahun. Mereka sudah lupa kepada agama tauhid yang diajar oleh Rasul-Rasul yang datang kepada setiap kaum. Sebaliknya mereka telah melakukan amalan syirik yang meletakkan manusia ditempat yang tidak ada harga diri.

Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT yang membawa rahmat kepada seluruh alam . Seperti Firman Allah dalam surah al-Anbia’ 21:107 “Dan kami tidak utuskan engkau wahai Muhammad s.a.w. melainkan untuk membawa rahmat sekalian alam”.

Nabi yang datang misinya untuk menyelamatkan manusia supaya kembali kepada fitrah insan dan mengangkat martabat manusia. Baginda menyedari bahawa bukan merupakan satu perkara yang mudah bagi mengubah struktur kefahaman dalam diri manusia untuk kembali kepada perintah Allah SWT. Agak mudah untuk membina sebuah rumah berbanding dengan hendak membina seorang insan supaya kembali kepada agama tauhid.

Memandangkan baginda adalah insan yang agung telah dianugerahkan kepada baginda keistimewaan yang tidak ada pada makhluk lain. Baginda telah melakukan usaha dakwah berkali-kali kepada kaumnya tanpa jemu-jemu.

Apabila baginda pertama kali menerima wahyu di Gua Hira’ balik bertemu dengan isterinya Khadijah dengan perasaan takut. Untungnya baginda memperolehi seorang isteri yang menjadi pendorong kepada kejayaan baginda. Dengan ucapan yang penuh yakin kepada baginda ” Demi Allah tuhan tidak akan mengecewakan engkau selamanya”

Khadijah membawa baginda berjumpa sepupunya Waraqah bin Naufal seorang tua yang dihormati , luas penyelidikan dan luas pengetahuan. Kata Waraqah ” ini ialah tanda-tanda yang diturunkan kepada nabi-nabi , alangkah baiknya kalau aku ada bersama-sama engkau semasa engkau dihalau oleh kaum kamu kelak”.

Muhammad pun bertanya “Apakah mereka yang akan menghalau aku” Waraqah menjawab Tidak ada seorang pun yang datang sebelum mu membawa seperti yang engkau bawakan ini yang tidak dimusuhi, hendaknya dapatlah aku hidup terus supaya dapat menolong mu” tidak berapa lama Waraqah meninggal dunia,

Dengan itu bermulalah tugas nabi Muhaamd saw sebagai seorang Rasul, suatu tugas yang membataskan zaman jahiliah dan membuka zaman baru bagi bangsa Arab, iaitu zaman cahaya atau zaman Islam.

Apabila turunya surah al-Muddassir 1-7 bermulalah dakwah nabi Muhammad SAW.

Bermaksud

“Wahai orang yang berselimut, Bangunlah lalu berilah peringatan, dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji, dan janganlah engkau (Muhammad) memberi dengan maksud memperoleh (balasan) yang lebih banyak, dan kerana Tuhanmu, bersabarlah” 56:1-7.

Baginda mengajak mereka yang rapat dengan baginda seperti kaum keluarga dan sahabat yang paling akrab. Mereka diseru dengan perkara pokok agama Islam tentang adanya tuhan dan meninggalkan pemujaan kepada berhala.

Pada peringkat awal yang menerima seruan isterinya Khadijah binti Khuwailid, Zaid bin Harithah, Abu Bakar al-Siddiq.

Dengan perantaraan Abu Bakar banyak yang memeluk Islam mereka terkenal sebagai al-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terdahulu masuk Islam). Mereka ialah Osman Affan, Zubair Ibn Awwam, Saad Abi Waqas, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Ubaidillah, Abu Ubaidah Ibn Jarrah, al-Arqam bin Abil Arqam.

Rumah al-Arqam adalah pusat tarbiah yang awal untuk mendidik di kalangan mereka yang awal-awal memeluk Islam. Pada peringkat awal penyertaan dalam agama Islam adalah dari kalangan golongan mustadafin (orang yang tertindas). Pada peringkat ini seruan secara rahsia berjalan selama 3 tahun.

Apabila turunnya ayat Surah Syua’ara’: 214

“Berilah ingat kepada keluarga mu yang terdekat”

Baginda menyampaikan seruan kepada keluarga yang terdekat. Baginda menyeru Sesungguhnya aku belum mengetahui ada seorang pemuda membawa sesuatu untuk kaumnya yang lebih utama daripada apa yang aku bawa untuk kamu. Aku membawa segala kebaikan dunia dan akhirat untuk kamu”

Sebahagian mereka membenarkan dan sebahagian lagi mendustakan, antaranya Abu Lahab bapa saudaranya yang menyatakan bahawa celaka engkau Muhammad apakah ini tujuan engkau mengumpul kami. Berghubung dengan ini Allah menurunkan surah al-Lahab 111:1-5 “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!. Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang diusahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam neraka api yang bergejolak. Dan isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Dilihirnya ada tali dari sabut yang dipintal.”

Apabila turunnya ayat surah al-Hijr, 15: 94

“Jalankanlah apa yang telah disuruhkan kepadamu dengan tegas dan berpalinglah dari orang musyrik”

Sesudah turun ayat ini, mulailah Rasulullah s.a.w. menyeru segenap lapisan manusia kepada agama Islam dengan terang-terangan, baik golongan bangsawan mahupun lapisan hamba sahaya, begitu juga kaum kerabat baginda atau orang yang jauh. Mulanya baginda seru penduduk Makkah kemudian penduduk negeri lain. Di samping itu juga baginda menyeru orang dari bermacam-macam negeri yang datang ke Makkah untuk menunaikan haji (amalan haji yang songsang).

Pengajarannya

1 Semua ahli Pas terutamanya pemimpin mestilah mengambil semangat apa yang dilakukan oelh baginda Rasulullah saw dalam menyampaikan seruan dakwah.

2. Sebelum kita mengajak orang lain kepada perjuangan Pas maka kita perlu mengajak orang yang terdekat dahulu untuk bersama dengan perjuangan Pas. Sebagai mana baginda mangajak kaum kerabat terdekat sebelum kita mengajak orang yang lebih jauh. Kita tidak mahu ditempelak oleh orang kerana hanya pandai seru orang untuk berjuang dengan Pas, tiba-tiba kita membiarkan ahli keluarga kita senang lenang diulit dengan dunia, akhirnya mendatangkan fitnah kepada perjuangan.

3. Semangat gigih yang ditunjuk oleh baginda yang tidak pernah jemu-jemu menyebarkan Islam wajib dicontohi.

4. Di dalam suasana Islam yang sudah rosak di bawah Umno/BN maka usaha menyelamatkan ummat perlu dipertingkatkan tanpa ada noktah. Kita boleh lihat sistem nilai, keruntuhan rumah tangga, perundangan, politik, pengkhianatan amanah, serangan budaya liar, pakaian yang sekarat Islam sekarat tidak Islam. Semua ini memerlukan Islam sebagai penyelamat.

5. Jangan kita ukur umur kita tetapi ukurlah umur dakwah kita. Berapa banyak risalah, masa, wang ringgit, tenaga, masa yang kita gunakan untuk perjuangan Islam. Kita bimbang masyarkat tidak mahu menerima perjuangan kita bukan kerana mereka marah kepada perjuangan kita tetapi kerana kejahilan mereka mengenai perjuangan Pas lantaran daripada kemalasan diri kita untuk memberikan saham kepada perjuangan. Wallahua’lam.

PERJUANGAN BAHASA MENUNTUT PERUBAHAN

Gambar terkini dari Himpunan anti PPSMI
Gambar - gambar ini dikutip dari perbagai laman. mohon izin dari tuan punya gambar.






Ada sesiapa nampak orang ini lari bawa selipar dia yang putus dalam himpunan tadi ?




Bukti polis tidak tembak di udara seperti sepatutnya sebaliknya terus menembak gas pemedih mata ke arah rakyat untuk tujuan mencederakan. Seorang teman dari Rembau, Azhar terkena di kakinya dan cedera.
Gambar bukti gas pemedih mata dibedil kedalam masjid, ada banyak kali gas pemedih mata dibedil dalam masjid Negara termasuk ditembak air 'kotor dan asid'.



Tokoh pejuang PPSMI Memang tenang je yop

Saturday, February 28, 2009

LAWAK I: TAK TAU CAKAP ENGLISH






satu malaysia dan dunia dah tau Mohamad Taib tak tau cakap English, dan sebab tu dia dilepaskan dari kesalahan bawak duit puluhan juta di Australia..

kisah lawak ini berkenaan dengan orang tak pandai cakap english..

macam PM jepun kalu dah tak tau cakap english dia ada bawa penterjemah dia..so sama lah juga dengan Mat Taib kita nie, sebab dia cakap tak tau cakap english..sebab dia bakal calon Timbalan Presiden macam-macam ramalan orang buat sehinggakan apa yang akan dia buat nanti bila berjumpa dengan orang ramai

perkara yang mungkin berlaku kepada Mat Taib..bila dia berjumpa dengan suami orang

penterjemah akan ajar dia.
bila jumpa dgn suami orang cakap "how are you"
kemudia dia akan jawap " i am fine" kalu dia cakap lain pun jawab " mee too"
bila dia cakap " i am fine"
balas balik"me too"

sesampai saja di majlis makan malam, dia terjumpa dengan heroin James Bond Dato micheal yeoh dan suamiya.. mesti kena jumpa punya macam Pak Lah la jugak..

Mat Taib:disebabkan tak fasih english apa yang di ajar tersilap cakap.."who are you"?

Micheal Yeoh: i am Micheal yeoh

Mat Taib : Mee Too..

Mat Taib bersalam dgn suami Micheal dan berkata:" who are You"

suami Michael Yeoh: i am Micheal Yeoh husband,

Mat Taib : mee too

suami Michael Yeoh: //????...???.. sambil tengok michael yeoh..

ha,hah,ha.ha

..itu sebab lah masa dia jadi MB selangor bawa lari isteri orang, adik sultan selangor sekarang Ku Yah,,lagi derhaka tak buat sembah derhaka pun...ish.ish

Friday, February 27, 2009

EKONOMI KAPITALIS SUDAH TUMBANG

Toyota, Nissan, Honda, General Motor, Ford dan Chrysler – adalah nama nama pembuat kereta terbesar dalam alam ini. Semuanya bungkus.

Eropah dalam krisis yang maha hebat. Di Iceland duit tidak laku lagi. Negara kecil ini telah jatuh muflis.

Obama baru sahaja berucap meminta lebih dari 3 trilion dolar untuk memulihkan ekonomi Amerika. .

Hillary Clinton telah datang ke China minggu lalu untuk meminjam duit dari China.

Di China – kilang kilang semakin banyak di tutup. Angka resmi buruh hilang pekerjaan telah melintasi 26 juta – seperti seluruh warga Malaysia tanpa mata pencarian – ini angka resmi. Angka tidak resmi mungkin lebih besar.

Sepanyol yang gempak hebat sebagai penjana ekonomi Eropah 3 tahun dahulu dengan industri membuat rumah kini sudah tenat. Berpuluh ribu telah hilang pekerjaan.

Dubai yang angkuh dengan – kegilaan – membuat hotel dan gedung membeli belah kini jatuh muflis. Dubai sekarang ini telah menjadi museum untuk sesiapa yang ingin melihat crane dan jentolak terdampar tidak bergerak lagi.

Singapura dan Taiwan telah mengambil langkah untuk memberi warga duit agar dapat berbelanja.

Rusia dan Eropah Timur sedang dalam kesakitan. Warga kini bernostalgia dengan hari hari dimana kehidupan mereka terjamin ketika negara di bawah sistem ekonomi sosialis.

German – ekonomi terkuat di Eropah kini sedang sakit tenat.

Britain semenjak di pukul hebat oleh gerakan pembebasan dari negara-negara tanah jajahan pada tahun 50-60’an hanya tinggal dengan nostalgia – Great Britain.

Ini bukan krisis ekonomi. Krisis ini ialah krisis kapitalisma. Yang menghadapi krisis ialah sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Jika TIDAK memahami hakikat ini maka segala langkah untuk membawa kebaikan akan gagal.

Dari minggu ini setiap pagi Obama akan menerima laporan CIA tentang suasana ekonomi dunia.

Dari sejarah pekembangan kapitalisma – apabila dalam krisis maka kaum pemodal akan memulakan perang. Perang Dunia Pertama ( 1916) kerana krisis ekonomi di Eropah. Perang Dunia KeDua kerana zamam meleset di Amerika ( 1929) dan krisis kapitalisma juga di Eropah.

Perang di Iraq dan Afghanistan masih berterusan. Ianya sedang merebak ke Pakistan. Riak-riak perang di sana sini. Timur Tengah dengan Isreal sebagai punca perang – terus mengancam negara-negara Arab. Iran dan Korea Utara sedang dipinggirkan.

Semua ini adalah rintik-rintik perang.

Tukar Tiub dari masa ke masa akan memulakan kuliah untuk kita bersama-sama memahami apakah itu KAPITALISMA. Sila ikuti.

Wednesday, February 25, 2009

SPRM NAIK TARAF JADI SPLM:Suruhanjaya Pencari Lembu Malaysia




NAIK TARAF JADI











Malaysia hari ini menghadapi dugaan dan cabaran yang sangat mecabar memandangkan keadaan ekonomi dunia yang kurang stabil, kita mesti bersatu menyelamatkan negara yang kita cintai ini, penuh semangat itu lah ucapan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang.

satu Malaysia pun sedar Malaysia memang ada masalah yang sangat kritikal, lalu ramai lah pakar-pakar ekonomi dan politik membuat tafsiran.

semua media arus perdana setiap hari membawa cerita yang sama.

Tapi apa masalahnya.. aku yang tak berapa reti pun dok fikir apa masalahnya

- Masalah duit hilang berbillion -billion ...bukan
- Komisyen Kapal Selam 200juta lesap ...bukan
- Pertuduhan 20 kes rasuah Khir Toyo masa jadi MB selangor ka....pun bukan
- kes Bunuh warga Mongolia ka... macam bukan, senyap ja pastu tanguh pulak dah
- Kes banduan mati di belasah polis dalam penjara.. nampak macam ganas , tapi bukan,bukan dia la

- MAsalah gambar bogel adun bkt Lanjan ka.. bukan, sebab SPRM tak bagi komen sangat

habis apa,,

tapi yang dok nampak kecoh sekarang nie orang dok cakap pasai LEMBU.. lembu! ,ya la habis semua bagi komen, SPRM pun dah kata ada bukti cukup, la. la pasai Lembu ka..

pasai Lembu hilang kat selangor, sampai sekarang tak jumpa lagi,, ha,ha.ha
masalah besar sekarang LEMBU LAH... Nasib-nasib..

Lepas ni SPRM kena tukar nama dengan LOGO sekali la.

SPRM JADI SPLM: suruhanjaya Pencegah Lembu Malaysia..
itu pasal la baru -baru ni pengerusinya dapat masuk TV dan dapat pengiktirafan dari Perdana Menteri kerana sempena menaikan taraf nama Baru SPLM:Suruhanjaya Pencari Lembu Malaysia...

tapi dok nampak dah jadi Lembu..

GMP serah risalah kepada Wakil Kerajaan perak.

GMP serah risalah kepada Wakil Kerajaan perak.

TAIPING,24 Feb.:- "Saya memohon sokongan semua pihak bukan untuk diri saya tetapi untuk orang Melayu, 7 Mac 2009 Himpunan di Istana negara, buka soal permit, yang penting sokonglah kami ", Demikian antara ucapan Prof. Dr. Abdullah Hassan yang mewakili Gerakan mansuhkan pendidikan dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXJ_iG0RPk57aCdRZs7ArWk9T-kzXBXO6eYzhQgwF40Wn06U6UlwaU4MLvZ-96FvS9qAjA1DbhCECzNmdEqIhIc_TkNJGz6m3y_PZ5k984ql4MOEo4XN3zthIHJgf4VJtIw1lrOmwH3Qjt/s1600-h/ppsmi.jpgggereis (GMP) dalam majlis penyampaian risalah berkaitan kepada Wakil Kerajaan negeri perak Pakatan Rakyat, yang diwakili oleh Pengerusi kelab penyokong Kerajaan,Drs. khalil idham Lim di sini.


Hadir sama ialah ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa dan bapa kepada pelajar yang membuat saman kepada Kerajaan Malaysia mengenai isu berkaitan , Mejar(B) Mohd Arif.

Semasa menyampaikan ucapan, Drs. Khalil menegaskan ini dasar yang diteruskan oleh pemimpin UMNO demi untuk memepertahankan kroni yang dikayakan berkaitan dengan program ini. "Kalau dulu bila Rasulullah mengajak kepada Islam ,Abu jahal mempertahankan sembahan berhala kerana ia mendatangkan hasil ekonomi, begitulah pemimpin UMNO dengan mempertahankan PPSMI semata-mata untuk mengayakan kroninya" Katanya..

Drs. Khalil juga kesal dengan usaha membohongi rakyat untuk menunjukkan dasar ini berjaya bila kelulusan nya dikatakan baik walaupun gred kelulusannya diturunkan serendah-rendahnya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 07:36:00

DEMI MASA