MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Tuesday, March 31, 2009

DIRI TERCEMAR JIKA HADIR MAJLIS UMNO





Jika ingin menjaga maruah diri jangan hadir semua majlis-majlis Umno. Inilah kesimpulan yang dapat saya buat setelah membaca luahan hati dalam blog Chedat.

Luahan hati nie bukan datang dari orang sebarangan tapi dari seorang wira dan pang5 UMNO iaitu Tun Dr.Mahathir. Mahathir kata dirinya akan tercemar sekiranya dia hadir Mesyuarat Agung UMNO kerana berlaku amalan rasuah yang cukup dahsyat dalam proses pemilihan Ketua pergerakan Pemuda Umno.

Mahathir mempertikai macam mana Khairy dibenarkan bertanding Ketua Pemuda sedangkan dia disyaki terlibat dalam merasuah pengundi. bukan saja dibenarkan bertanding tapi menang pulak tu.



Menangnya Khairy memberi isyarat mesyuarat Agung Umno berlaku rasuah. Rasuah adalah satu kesalahan dalam undang-undang maknanya berlaku kesalahan dalam mesyuarat agung Umno jadi Umno boleh diharamkan

satu fakta lagi ialah, Mesyuarat Agung Umno adalah majlis yang tertinggi dan tersuci dalam UMNO, kalau mesyuarat agung pun boleh mencemarkan diri kata Mahathir, apalagi majlis yang kecil-kecil yang dianjurkan oleh Umno macam ceramah,forum, dialog, banyak lagi lah..

Jadi siapa yang pergi program-program Umno ka majlis-majlis Umno ka,diri mereka akan tercemar..

2 comments:

comment

DEMI MASA