MENCARI KEHIDUPAN DARI SUATU KEMATIAN

Sunday, April 12, 2009

AKU LEBIH RESPEK PENYAYI ROCK DARIPADA MAWI


Nyanyian Rock, Mengalir Air Mata Saya.. MB Kelantan



KOTA BHARU, April 11, 2009. MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian ikon rock negara Amy Saerch, terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. “Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keIslaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. “Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya.

Sementara itu, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

“Tidak…saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo… Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.



Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Syabas kepada Renggo dan Amy. Semoga akan diiringi oleh artis-artis lain lagi.(AK)

http://www.ibnuhasyim.com

Friday, April 10, 2009

DUKA LARA HATI SEORANG MENANTU



cilok dari blog sinar hairan

Kalau Saya Jadi Awaklah Khairy..
Apr 10, 2009

Kalau Saya Jadi Awaklah Khairy
Nak tunggu apa lagi?
Baik segera angkat kaki
Lagi lama lagi benci
Kelak sendiri yang rugi
Kalau saya jadi awaklah Khairy
Keluar parti jangan sekali
Cuma bawaklah balik negeri
Bukan suruh merajuk hati
Tetapi kerana maruah diri
Cubalah Bermuhasabah diri
Manalah tau kalau umno berubah nanti
Kalau saya jadi awaklah Khairy
Serahkan balik jawatan yang diberi
Terurai masalah YB Khairy
Kelak disanjung di tahap tertinggi
Kerana berani berhenti
Macam Mertua awak Tun Pak Lah Badawi
Kalau saya jadi awaklah Khairy
Saya akan fikirlah sendiri
Mana boleh yang kalah, jawatan diberi
Awak yang menang apa pun tak bagi
Dah la tu disuruh perkukuhkan parti
Nak perkukuhkan apa lagi
Awak tu Khairy bukan budak-budak lagi
Dia orang anggap awak Cuma ada gusi
Tapi haram tak ada gigi
Err macam ada handphone tapi tak ada bateri
Ada timba tapi tak ada perigi
Macam mana ni Khairy
Ini macam mana boleh jadi
Kalau saya jadi awaklah Khairy
Aku chow sajelah Khairy
Khairy sekarang cuma ada Khairy
Ahh, penyokong hmmm boleh beli
Ada ke patut di boooonya seorang YB
Menantu Mantan Perdana Menteri
Depa boo kanan Depa Boo kiri
Huh, tunggu apa lagi Khairy.
Pemimpin dah kata pergi
Penyokong pulak suruh lari
Kalau saya jagi awaklah Khairy
Seminit pun tak tunggu lagi
Baik segera angkat kaki.
Orang TAK NAK, Kahiry mestilah tak sudi
Itulah baru lelaki, Ya lelaki sejati…

Thursday, April 9, 2009

Surat Tuan Guru Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming




From Blog Tok Guru

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

MAHATHIR POSITIF , KHAIRY TAK KECEWA



Mahathir Positif Khairy tidak di lantik jadi Menteri Kabinet.positif atas alasan Najib seorang yang tegas kerana tidak melantik calon yang terlibat dengan rasuah sebagai menteri kabinet.Jawapan Mahathir macam peluru di tujukan tepat pada Khairy.

Mahathir memang geram dekat khairy. betui aku cakap,lepas ni semua peluru akan hambat si Khairy ni.masa tu kita boleh tengok, tak cukup tanah Khairy nak lari..aku nak mencadangkan khairy masuk latihan larian bergalah ka, larian pas batton pun o.k jugak. jangan buat larian berirama dah la..


apa yang Mahathir marah sangat kat si budak Khairy ni aku pun tak tau.tapi yang aku tau khairy dah mengalahkan Mukhriz masa nak rebut ketua pemuda Umno baru ni,.

apa ke jadahnya ketua pemuda Umno Malaysia tak dapat masuk Kabinet sedangkan naib ketua Pemuda Umno dapat. dah tu Mukhriz yang kalah masa rebut ketua Pemuda Umno ditangan Khairy dapat pulak masuk kabinet..

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5322920865043688450" />

bila aku dok memeningkan kepala aku fikirkan kabinet baru ni.rasanya ketua pemuda umno macam tak ada fungsi. sama ada dia tak ada fungsi atau fungsinya nak di tak adakan aku pun tak tau.

macam mana nak hilangkan kita semua akan tau nanti.satu peluru yang aku boleh jangka, khairy akan di sabitkan kesalahan rasuah masa pemilihan Ketua Pemuda Umno dulu.masa tuu. jawatan Ketua pemuda Umno akan kosong kerana di paksa kosongkan.masa tu khairy boleh la risik2 Ali Rostam macam mana nak layan perasan .. atau mungkin Khairy akan kata saya tidak Kecewa macam dia cakap semalam bila tak terpilih sebagai menteri kabinet

KABINET BARU NAJIB





Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri

Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah (sen)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zakarshi (timbalan)

Dalam negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Joseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Pembangunan luar bandar dan wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal
Hassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Pengajian tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Saifuddin Abdullah (timbalan)

Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Sains, teknologi dan inovasi

Dr Maximus Ongkili
Dep - Fadillah Yusof (timbalan)

Pelancongan

Datuk Dr Ng Yen Yen
Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Pertanian dan perniagaan asas tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)
Rohani Abdul Karim (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Dr Abdul Latif Ahmad (timbalan)

Kerja raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Datuk Anifah Aman

Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NAJIB ISTIHAR PERANG DENGAN KHAIRY



Najib mengistiharkan kebencian kepada KHAIRY dengan tidak melantik Khairy jadi Menteri kabinet..aku rasa Khairy nak buat sembah derhaka dekat Najib.. Tunggu dan lihat perang akan bermula..


dipetik dari MALAYSIAKINI
Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet
Apr 9, 09 2:59pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Ibrahim dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan.




Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala para menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,

Wednesday, April 8, 2009

Kes Altantuya: Azilah dan Sirul dihukum mati


Kes Altantuya: Azilah dan Sirul dihukum mati
Apr 9, 09 10:01am

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya.

Berita penuh menyusul

DEMI MASA